Bilangan Pengunjung

Saturday 21 May 2011

Sokongan Syarikat

Syarikat amat berkomitmen untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada setiap para Pengedarnya, agar mereka yang tabah menjalankan perniagaan ini akan mengecapi kejayaan. ZHULIAN membantu para Pengedar memperolehi ilmu dan kemahiran perniagaan, berkongsi pengalaman serta memupuk amalan perniagaan beretika melalui pelbagai bantuan jualan yang direka khas serta seminar-seminar berinformasi. Kami mendengar keperluan para Pengedar selain mengenalpasti cabaran semasa dan akan datang. Melalui program latihan yang kami sediakan, kami membentuk rangkaian Pengedar dan Pemimpin yang teguh dan profesional, yang berusaha seiring Syarikat ke arah merealisasikan matlamat bersama.
Di bahagian Sokongan Syarikat ini, anda akan memperolehi pelbagai kemudahan maklumat dan sokongan bagi membantu anda mengembangkan perniagaan anda ke tahap kejayaan yang membanggakan.


Pengguna Web

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengguna laman web ZHULIAN?
Segala maklumat yang anda perlukan hanya dengan satu klik sahaja...

Selamat Datang ke ZHULIAN! Sebagai pengguna laman web ZHULIAN, anda boleh mendapatkan segala maklumat yang telah dikemaskini secara online. Jika belum mendaftar sebagai pengguna laman web ZHULIAN, sila klik butang di bawah.



Pembayaran Bonus Online
Sungguh mudah, setiap masa, bila-bila masa...

Perkhidmatan Pembayaran Bonus Secara Online memberikan anda, para Pengedar yang disanjungi, keselesaan memperolehi bonus dan insentif bulanan yang dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank anda setiap bulan. Anda hanya perlu membuka akaun simpanan / semasa (jika belum berbuat demikian) di mana-mana cawangan yang disenaraikan di bawah ini, lengkapkan borang permohonan yang boleh anda perolehi daripada mana-mana Agensi Bertauliah ZHULIAN dan hantarkan permohonan anda ke Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN melalui mana-mana Agensi Bertauliah ZHULIAN. Sekarang, berehatlah kerana kami akan uruskan segalanya untuk anda! 

Di dalam jadual berikut disenaraikan nama-nama bank yang dilantik untuk kemudahan anda

NO. BANK CODE NAME OF BANK
1. AMB    AMBANK / AMFINANCE
2. AFB    AFFIN BANK
3. ALLB    ALLIANCE BANK
4. BIMB    BANK ISLAM MALAYSIA
5. BKR    BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA
6. BMMB    BANK MUAMALAT MALAYSIA
7. BSN    BANK SIMPANAN MALAYSIA
8. CIMB    CIMB BANK
9. CIMI    CIMB ISLAMIC (COMMERCE TERJARI BANK)
10. CITI    CITIBANK
11. DBB    DEUTSCHE BANK (MALAYSIA)
12. EON    EON BANK / EON FINANCE
13. HLB    HONG LEONG BANK
14. HSBC    HSBC BANK MALAYSIA
15. MBB    MAYBANK
16. OCBC    OCBC BANK (MALAYSIA)
17. PBB    PUBLIC BANK BERHAD / PUBLIC FINANCE
18. RHB    RHB BANK
19. SCB    STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA
20. UOB    UNITED OVERSEAS BANK

Perkhidmatan Tele-enquiry

Maklumat-maklumat anda yang dikemaskini hanya dengan satu panggilan... 

Sistem Perkhidmatan Tele-Enquiry disediakan bagi kemudahan dan kesenangan para Pengedar dan Pemimpin yang kami sanjungi, seperti anda. Melalui sistem yang cekap ini, anda akan dapat mencapai pelbagai maklumat perniagaan anda seperti bonus, insentif, PV, dll. Tambahan lagi, anda juga boleh memperolehi maklumat terkini mengenai aktiviti dan produk terbaru Syarikat. Pertanyaan anda boleh juga diajukan kepada Wakil Perkhidmatan Pengedar yang sedia dihubungi sepanjang waktu perniagaan iaitu dari 9.00 A.M. hingga 5.30 P.M.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila dail 604-616 2323 dan setkan PIN anda dengan mengikut arahan suara yang ada. Anda kini telah bersedia untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang anda perlukan!

0 comments:

Post a Comment

:: PENAFIAN ::

Laman blog ini bukanlah laman rasmi Zhulian. Laman Blog ini adalah laman peribadi bertujuan mempromosi dan memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang peluang untuk sihat disamping menjana pendapatan bersama Zhulian. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami kerugian atau apa sahaja akibat penggunaan info atau aplikasi dalam laman ini. Untuk maklumat lanjut dan kepastian info tersebut sila layari laman web rasmi Zhulian. Walaubagaimanapun ada beberapa menu link terus ke laman web Zhulian khususnya berkaitan fakta seperti profile syarikat dan produk syarikat. Harap Maklum.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More